Teguran dan Perkongsian

Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesilapan, dan tidak akan berhenti melakukan kesilapan. Atas sedar atau di bawah sedar. Tetapi lumarahnya, manusia tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan kesilapan yang telah di lakukan. Dalam semua itu, ada suatu ubat yang boleh sedikit menyedarkan manusia akan khilaf dirinya. Iaitu, teguran.

Salah satu fungsi manusia dengan manusia adalah perkongsian. Sama ada baik atau buruk, suatu yang ingin di kongsi bersama pasti mampu membawa kebaikan. Tinggal lagi cara kita berkongsi. Antara perkara yang kurang di sedari adalah teguran. Percayakah kalian kalau saya katakan teguran itu suatu perkongsian? Ya kan.

Seseorang menegur kita pasti atas suatu dasar mahu membantu kita 'melihat' kesilapan dan kelemahan atas perbuatan kita. Cuma, bila mana suatu teguran itu di sampaikan secara salah cara, atau kurang tepat, ia mampu melukakan. Jadi, pasti ada hati terluka bukan?

Berfikirlah secerah mata hati yang sentiasa di pimpin iman. Teguran itu merupakan perkongsian dua hala. Lalu, berkongsilah secara baik dan adik. Orang yang menegur haruslah menjaga kata, dan orang yang di tegur itu perlulah berlapang dada. Jika rasa baik walau sakit, maka ambillah ibrahnya.

Yang baik itu suatu anugerah dan yang sakit itu adalah tarbiyyah. SubhanALLAH, teguran itu merupakan suatu perkongsian yang indah bagi semua yang mahu berfikir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sharing is loving

why sharing is loving? anyone pls..
kita suke b'kongsi ke? maybe, tapi xsemua orang sanggup bkongsi ape saje.
apatah lagi kalau benda yg kite suke. 200% tahap keredhaan utk bkongsi.
tp xsemua orang. kita bkongsi bile kite prihatin. dan bile kt redha apa yg kite kongsi tu insyaAllah lebih banyak manfaat in the future.
we share with our loved ones, because we love them. that's y sharing is loving.
tapi xsemua orang ikhlas bkongsi. ade yg menunjuk2. ade yg for the sake utk dpt pahala(walaupun rase diri dah ckp ikhlas tu). well, put two and two together, semua bgantung pada niat. kalo rase dah ter-riak cepat2 istighfar.
manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan. sentiasalah btaubat kpd Allah..
sapa tgk ezora musti prasan caption ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments